1.0 PENGENALAN

Strategi ialah satu kemahiran dalam melaksanakan sesuatu dengan adanya cara dan kaedah daripada awal hingga habis untuk mencapai satu tujuan. Benoit dan Trigeorgis (dalam Anna Sam, 2014) menjelaskan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan berkait dengan keadaan atau permainan. Strategi dan Teknik Mengajar dengan berkesan ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik-bilik darjah” (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007). Berdasarkan daripada petikan ini, jelas sekali bahawa strategi memainkan peranan penting dalam proses pemindahan ilmu yang mana merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas di dalam komuniti sekolah.

Pengurusan bilik pembelajaran pula merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Richards (dalam Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2006) menjelaskan bahawa “Pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan”. Ang (2014) menyatakan bahawa, “Disebabkan sebahagian besar masa persekolahan para murid di sekolah berkisar dalam ruang lingkup bilik darjah tempat mereka berada, bilik darjah dikatakan mempengaruhi dan seterusnya membentuk perlakuan murid”. Daripada perspektif guru pula, mereka dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar di bilik darjah, tanpa sedar mereka banyak meluangkan masa di waktu persekolahan bagi mengajar atau bertugas di sana. Justeru itu,  pengurusan bilik pembelajaran perlu diketengahkan untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan dan tidak memberi tekanan sama ada di pihak guru mahupun pelajar itu sendiri.

Dalam laporan ini, kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mengkaji strategi menguruskan bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain yang menjadi tempatnya menimba ilmu pengetahuan murid pada masa ini. Kajian ini juga dijalankan dengan menemuramah guru yang ada bekerja dan mengajar di sekolah dan murid yang belajar di sekolah tersebut sekaligus melihat perspektif mereka mengenai topik strategi menguruskan bilik pembelajaran.


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Anna
Anna Celestine Keai
(D20192091562) 

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN