Posts

Showing posts with the label #awang

4.0 JENIS BILIK DARJAH

Image
Susunatur sangat penting dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa aspek atau elemen utama dalam strategi mengurus bilik darjah ini iaitu interaksi dalam bilik darjah, jenis-jenis bilik darjah, penyusunan bilik darjah dan iklim di dalam bilik darjah.      Susunatur adalah cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dan sebagainya dalam sesebuah ruang supaya kemas dan teratur. Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang sangat baik. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan ruangan yang ideal atau selesa bagi semua murid yang dapat memberi kesan terhadap proses pembelajaran mereka pada waktu belajar. Seperti yang sedia maklum, rata-rata sekolah menengah di seluruh Malaysia akan mengadakan kelas selama enam ke tujuh jam dan bagi sekolah vokasional pula, rata-rata sesi persekolahan berlangsung selama lapan jam bagi suatu alternatif ...