Posts

Showing posts with the label #waniee

10.0 RUMUSAN

Image
 RUMUSAN Dalam kajian ini, bilik darjah ialah bilik-bilik yang terdapat di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar dan guru yang belajar, mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik darjah di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajran di sekolah. Terdapat tiga aspek atau elemen utama pembelajaran iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim pembelajaran positif. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru semata-mata. Walau bagaimanapun, susunan meja dan kerusi di dalam kelas sangat memainkan peranan ...

5.0 IKLIM BILIK DARJAH

Image
Iklim dalam bilik darjah ini berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.  Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran dan mampu mengelakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru . Menurut Pusat Perkembangan Kokurikulum (1981) iklim bilik darjah didefinisikan sebagai s uasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitaran dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif merupakan bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur. Selain itu, ini juga akan memberikan semangat dan juga kesejahteraan kepada pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga aspek, iaitu : Suasana Fizikal Suasana Sosial Suasana Emosi    ...