10.0 RUMUSAN

 RUMUSAN

Dalam kajian ini, bilik darjah ialah bilik-bilik yang terdapat di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar dan guru yang belajar, mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik darjah di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajran di sekolah. Terdapat tiga aspek atau elemen utama pembelajaran iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim pembelajaran positif.

Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru semata-mata. Walau bagaimanapun, susunan meja dan kerusi di dalam kelas sangat memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kedudukan tempat duduk pelajar tidak boleh diubah suai bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar. Meja guru juga terletak dibahagian hadapan kelas, dan guru berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran.

Penyusunan perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran, ini kerana pengajaran secara berkumpulan adalah diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga dijalankan. Pengurusan bilik pembelajaran juga termasuklah rutin bilik pembelajaran dan juga penyimpanan rekod yang harus di ambil kira oleh setiap pihak sekolah.

Konsep interaksi dan konsep bilik darjah juga perlu diambil kira. Interaksi adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Antara pecahan interaksi tersebut adalah interaksi sehala atau interaksi tradisional. Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti PdPc yang berlaku di dalam kelas. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Antara ciri-cirinya adalah membuat aktiviti bercorak aktif. Perhubungan guru dan pelajar menjadi semakin rapat dan menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses PdPc dengan menyoal dan meminta pendapat. Guru dapat menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah permainan serta lakonan sebagai aktiviti dalam PdPc. Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja. Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru. Seterusnya, Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah. Manakala, ciri-ciri komunikasi berkesan adalah berlakunya suasana aktif murid dan menyumbang suasana yang kondusif untuk mengendalikan PdPc. 

Kesimpulannya, pemilihan strategi yang berkesan akan menyumbang kepada kesan positif terhadap pembelajaran pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru hendaklah bijak dalam merancang. Unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah saling berhubung kait antara satu sama yang lain dalam melaksanakan strategi pengurusan bilik darjah


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Waniee
Nursyazwani Izwana Binti Nasrul
(D20192091555) 

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN