9.0 PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang kami menyiapkan laporan ini, kami dapati terdapat beberapa kelemahan yang memerlukan penambahbaikan. Antaranya ialah, semasa menjalankan kajian di SMA Dearah Batang Padang seharusnya semua ahli kumpulan terlibat dan bukan hanya wakil sahaja. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19 kumpulan kami hanya menghantar seorang wakil untuk membuat kajian di sekolah tersebut. Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pembentangan yang memerlukan penambahbaikan.Semasa membentang, diharapkan semua ahli kumpulan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum proses pembentangan berlangsung. Persediaan ini termasuk persediaan internet dan keyakinan diri. Pada masa akan datang diharapkan semua ahli kumpulan lebih bersedia agar tiada ahli kumpulan yang lambat memperkenalkan diri semasa sesi perkenalan diri. Hal ini dapat dilihat ketika terdapat  ahli kumpulan yang lambat memperkenalkan diri sehingga dipanggil oleh pensyarah. Seterusnya terdapat ahli kumpulan yang tidak membuka kamera semasa pembentangan dengan alasan keadaan internet yang tidak baik. Oleh itu, ahli yang terlibat dalam masalah internet ini diminta pada masa akan datang dapat mencari alternatif lain agar tidak menjejaskan pembentangan ahli kumpulan.

Selain itu, cadangan penambahbaikan untuk SMA Daerah Batang Padang adalah mengadakan lebih banyak kelas tambahan dan memberikan bahan bantu untuk pelajar lebih memahami isi pengajaran dan mengambil kira perbezaan individu murid dari segi kecerdasan intelek, emosi, latar belakang keluarga dan persekitaran kehidupan dengan lebih serius supaya ianya dapat di analisa dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana semua faktor itu adalah penyumbang secara tidak langsung kepada kemenjadian pelajar.


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Fatriy
Fatriy Julim
(D20192091567)

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN