6.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Pengurusan bilik darjah yang berksesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
i) Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.
ii) Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
iii) Mengurangkan masalah disiplin.
iv) Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
v) Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
vi) Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
vii) Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor ini memainkan peranan dominan dalam menentukan hala tuju dan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran sama ada berjaya atau sebaliknya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:
i) Perancangan yang rapi.
ii) Pengelolaan yang berkesan.
iii) Mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran.
iv) Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
v) Membuat refleksi dan impak.
Selain itu, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.
Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal iaitu papan hitam, papan kenyataan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid mengadakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.
Bilik darjah yang efisien mestilah berukuran 7 meter × 9 meter dan boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.
FUNGSI PENGURUSAN STRATEGI YANG BAIK
Banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah dengan kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada fungsi pengurusan strategi yang baik daripada guru. Pengurusan yang baik ini mendatangkan impak positif kepada pelajar Serta pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. Selain itu ialah akan mendatangkan suasana yang harmoni, ceria, dan semangat kepada murid-murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh:
Fatriy(D20192091567)
Comments
Post a Comment