7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN

KONSEP INTERAKSI

Interaksi ialah satu proses yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain.


KONSEP BILIK PEMBELAJARAN

Bilik pembelajaran ialah setiap ruang yang di khaskan di sekolah untuk guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan yang terdiri dari bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain. Setiap bilik pembelajaran tersebut menjadi keutamaan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk interaksi berkesan.


PEMBENTUKAN INTERAKSI

Pembentukan interaksi dalam bilik pembelajaran dilihat bagaimana guru dapat mewujudkan interaksi yang berkesan didalam bilik pembelajaran. Tambahan lagi, interaksi dalam bilik pembelajaran boleh dilihat daripada 2 sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. Semasa di tempat kajian situasi interaksi ini terlihat berjalan dengan baik namun masih mematuhi SOP yang di arahkan oleh KPM untuk kesejahteraan semua. Contoh–contoh interaksi yang berlaku ketika pemerhatian yang dijalankan dalam bilik pembelajaran di sekolah  kajian ialah seperti berikut:

(i) Apabila guru bercakap dengan pelajar.

(ii) Apabila pelajar bercakap antara satu sama lain.

(iii) Apabila pelajar membuat soalan daripada buku kerja mereka.

(iv) Apabila seorang pelajar membuat pembentangan projek mata pelajaran melalui satu persembahan Power Point dan perbincangan spontan.


JENIS INTERAKSI YANG SERING BERLAKU ATAU TERJADI

1) Percakapan Guru

Interaksi ini adalah pengaruh langsung yang mana kaedah secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik) dan merupakan interaksi satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima. Selain itu percakapan duru juga pengaruh tidak langsung yang berlaku secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan) untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik pembelajaran.


2) Percakapan Murid

Interaksi pelbagai hala yang terdiri daripada tindas balas & respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam process pengajaran dan pembelanjaran.Kadah ini terdapat perbincangan aktif antara guru dengan murid dan  murid dengan murid sendiri.

3) Kesenyapan

Berlaku secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid) untuk menghentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.


PEMBENTUKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK PEMBELAJARAN

1) Susunan

Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam bilik pembelajaran ialah keperluan wujudnya susunan yang baik dan selesa seperti yang ditetapkan atau sering digunakan bagi kebanyakan pengurusan sekolah seperti:

        a) Kedudukan meja dan kerusi

Kedudukan meja dan kerusi perlulah sesuai dengan keadaan semasa,bilangan murid dan keluasan bilik pembelajaran. Jika tiada salah satu dari kerusi atau meja, tidak sempurnalah bilik pembelajaran tersebut kerana akan timbul ketidakselesaan kepada murid ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung untuk membentuk interaksi yang berkesan. Sebagai contoh, terlalu ramai pelajar, maka guru hanya menggunakan kerusi sahaja untuk sesi tersebut. Namun lain pula situasi SMA Daerah Batang Padang kerana pihak sekolah perlu menyusun meja dan kerusi mengikut jarak sosial 1 meter bagi mengelakkan apa-apa kemungkinan dan kepatuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan.

        b) Tiga jenis penyususan yang sesuai:

Susunan Tradisi
Bentuk Tradisi merupakan susunan bersifat kaku. Semua kerusi-meja murid-murid disusun secara baris demi baris dalam barisan lurus. Sekeping papan putih digantung pada dinding berhadapan dengan murid-murid manakala sebuah almari biasanya diletak dibelakang bilik darjah. Dalam susunan tradisi ini, kebanyakan interaksi sehala daripada guru kepada murid biasanya berlaku.

Susunan Bentuk 'Kasut Kuda' (Horse Shoe)
Susunan bentuk ‘kasut Kuda’ ini menggalakkan interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Susunan bentuk ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti perbincangan di antara guru dengan murid 


Susunan Bentuk Modular (KBSR)
Susunan bentuk modular ini adalah sesuai digunakan untuk aktiviti kumpulan dan sering digunakan pakai di dalam bilik makmal. Susunannya dapat menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid dalam kumpulan mereka terutamanya apabila menjalankan aktiviti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan atau pengayaan. dapat dikenal pasti, susunan ini juga diguna pakai oleh pengurusan sekolah yang dikaji. 

2) Banyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori

Dalam proses pembelajaran guru perlu mengetahui kebolehan pelajar didalam kelas yang diajar. Antara bentuk pengajaran yang efektif kepada pelajar ialah pengajaran dalam bentuk amali. Ini kerana, pembelajaran secara amali dapat menarik minat pelajar kerana mereka dapat melakukannya secara praktikal, secara tidak langsungnya mengembangkan bakat dan kebolehan serta kemahiran berfikir dengan lebih kreatif berbanding hanya dengan belajar secara teori. Pengajaran secara teori bagi kebanyakan pelajar adalah kurang efektif terutamanya untuk pelajar yang aktif. Ini kerana, pelajar akan merasa bosan selepas tempoh masa 30 minit ketika belajar secara teori di dalam kelas. 


3) Keadaan emosi bilik darjah,sikap guru dan menyantuni pelajar

Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan keadaan emosi guru adalah penting kerana akan mempengaruhi seluruh aspek pengajaran dari segi percakapan, gaya pengajaran dan reaksi muka. Oleh itu guru perlu sentiasa dalam keadaan baik dan profesional didalam bilik pembelajaran agar tidak menganggu sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang sedang berlangsung. Oleh itu, sikap guru yang baik dari segi emosi dan tingkah laku dapat memberi pandangan positif dari pelajar terhadap guru. Guru juga boleh memberi peluang dan kepercayaan kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri atau memberi pandangan mereka semasa belajar. Selain itu, guru juga perlu menyantuni pelajar yang mempunyai masalah peribadi atau pembelajaran dengan memberi nasihat atau mengadakan sesi bimbingan kepada pelajar pada masa terluang bersama untuk mengetahui dan menyelesaikan masalah pelajar kerana secara tidak langsung guru perlu menjadi kaunselor yang baik.


4) Kawalan yang sempurna & menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai 

Amalkan sikap kepimpinan demokratik. Perkataan demokratik bermaksud berkongsi kuasa antara setiap ahli dalam komuniti. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik ialah guru yang sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya. Murid-murid sentiasa mengemukakan pendapat mereka atau soalan jika mereka menghadapi masalah.

  • Penggunaan kaedah kumpulan Interaksi antara guru dengan murid-murid adalah 2 hala. Murid-murid akan bertindakbalas terhadap segala aktiviti pengajaran guru.
  • Interaksi antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam semua kumpulan dalam bilik pembelajaran.

5) Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memantau murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu seperti yang dinyatakan oleh Abdul Halim Abdullah (2015), “Guru perlu mengetahui dan menghayati ilmu kandungan pedagogi dalam diri masing-masing supaya pelajar dapat memahami elemen KBAT dengan sempurna”. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas dan banyak aktiviti kumpulan untuk memberi peluang kepada pelajar. Antara ciri–ciri strategi pemusatan murid ialah:

  • Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
  • Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. 
  • Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka. 
  • Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. 
  • Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. 
  • Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. 
  • Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

6) Guna alat bantu mengajar pelbagai dan berteknologi

Selain itu, teknik menggunakan banyak Alat Bantu Mengajar dan menggunakan teknik menyoal dapat membantu dalam pembentukan interaksi berkesan Antara bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Tambahan lagi, strategi perancangan murid, perancangan bilik pembelajaran, bagi mewujudkan suasana kondusif dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memudahkan serta menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam teknik penggunaan  soal-jawab pula, ianya dapat mengerakkan murid- murid berfikir dengan lebih baik, kreatif dan kritis bagi mengerakkan fikiran dan melatih mereka berfikir secara efektif selain menguji kefahaman terhadap sesi Pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. 


Bibliografi

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational Thinkers), 5, 59-77. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/download/53189921/jpp5_4.pdf.

Aney Marinda, Muhammad Amin, & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu Yang Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 21-27.doi: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-03.

Muhamad Mursyid Mohamad Zakaria (2017, November). Interaksi dan pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/muhamadmursyidmohama/interaksidanpembelajaranqid=0466e428-9248-4484-8971-784bf7dbff57&v=&b=&from_search=8.

Haliza Hamzah (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Suhaila
Siti Suhaila Yusop
(D20192091557) 



Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH