8.0 ANALISIS SWOT
SWOT merupakan kombinasi perkataan Strengths, Weaknesses, Opportunities dan Threats iaitu teknik yang digunakan untuk menganalisa faktor Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman pada sesebuah organisasi seperti sekolah. Melalui Analisis SWOT, sesebuah organisasi dapat mengenalpasti potensi dan cabaran sebenar dalam pendidikan yang merangkumi segala faktor yang boleh memberi kesan baik atau buruk terhadap sesebuah sekolah.
12.1 Kekuatan (Strengths)👍
Dapat dilihat bahawa sekolah ini mempunyai kelebihan dalam kokurikulum. Hal ini kerana, sekolah ini telah mendapat tempat seperti Johan dan Naib Johan dalam beberapa pertandingan di luar sekolah. Antara pertandingan pada tahun 2019 yang mendapat tempat adalah Johan Pertandingan Kuiz Wahyu dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) peringkat negeri Perak, ketiga dalam nasyid anjuran Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat daerah, Johan Kebangsaan dan Naib Johan Bola Sepak dalam KESUMMA, ketiga perlawanan Bola Tampar peringkat KESUMMA. Pada tahun ini terdapat dua pertandingan yang mendapat tempat dalam MSSD iaitu pertandingan bola tampar dan juga bola jaring. Melihat kepada pencapaian ini, pelajar SMA Daerah Batang Padang sememangnya mampu seimbangkan pencapaian akademik dan kokurikulum.
12.2 Kelemahan (Weaknesses)👎
Setiap sekolah pasti ada kelemahannya walaupun sekolah tersebut dilihat telah sempurna. Kelemahan yang dapat dilihat pada SMA Daerah Batang Padang ialah pelajar lelaki dan perempuan diasingkan daripada menjadi satu rakan kelas. Hal ini kerana, sebuah sekolah agama pastinya ingin membataskan pergaulan antara yang bukan mahram supaya dapat mengelakkan perkara-perkara tidak baik berlaku. Namun, pemisahan kelas mengikut jantina ini berkemungkinan mengurangkan sikap kerjasama yang boleh dipupuk antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, dari segi psikologi, apabila pelajar sudah selesa dengan keadaan sekeliling yang sama jantina, mereka akan rasa kekok apabila melangkah ke alam universiti. 25 Persediaan mental dan fizikal yang kurang untuk menghadapi situasi ini boleh membuatkan seseorang itu kurang menyerlah dalam kumpulan baru kelak.
12.3 Peluang (Opportunities)👍
Penggunaan strategi pembelajaran yang berkesan dapat mewujudkan keadaan fizikal dan emosi kelas adalah sempurna. Pembelajaran juga adalah kondusif, menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan dan menarik minat murid serta keadaan kelas yang tiada ancaman luar boleh menjadikan interaksi lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan internet untuk pelajar bagi rujukan kendiri dan internet untuk guru, yang digunakan boleh memperkaya sumber ilmu dan rujukan kendiri kepada guru dengan lebih baik.
12.4 Ancaman (Threats)👎
Antara halangan yang dikenal pasti oleh pihak sekolah dalam melaksanakan strategi menguruskan dalam bilik pembelajaran ialah pendekatan atau pembentukan yang terbaik dan berkesan dalam keadaan situasi pendamik COVID-19 masih wujud. Contohnya, dalam melaksanakan sesi pembelajaran adalah sukar kerana aktiviti yang boleh dilakukan bersama adalah terbatas antara guru dan pelajar mahupun pelajar dan pelajar itu sendiri serta kurangnya keberkesanan kaedah pembelajaran terhadap pelajar yang bermasalah dari segi disiplin. Selain itu, Interaksi dan tahap pengetahuan bagi guru baru adalah kurang menonjol. Sebagai contoh, guru-guru yang baru bergraduan masih lemah dari segi pedagogi serta tidak pakar bagaimana ingin menerapkan secara berkesan mengenai pemikiran KBAT kepada pelajar. Tahap kesedaran murid terhadap kepentingan program atau subjek yang di ambil juga menjadi ancaman besar kerana mereka tidak akan menumpukan dan belajar dengan lebih tekun bagi dalam tempoh masa yang diberikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.Tambahan lagi, kedudukan di dalam kelas dengan mengikut jarak 1 meter agar sukar untuk guru mengawal pelajar dengan baik.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh:
AisyahAisyah Ishamina Binti Abd Rahman
(D20192091560)
Comments
Post a Comment