1.0 PENGENALAN
Strategi ialah satu kemahiran dalam melaksanakan sesuatu dengan adanya cara dan kaedah daripada awal hingga habis untuk mencapai satu tujuan. Benoit dan Trigeorgis (dalam Anna Sam, 2014) menjelaskan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan berkait dengan keadaan atau permainan. “ Strategi dan Teknik Mengajar dengan berkesan ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik-bilik darjah” ( Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007 ). Berdasarkan daripada petikan ini, jelas sekali bahawa strategi memainkan peranan penting dalam proses pemindahan ilmu yang mana merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas di dalam komuniti sekolah. Pengurusan bilik pembelajaran pula merujuk kepada proses perancangan, ...