Posts

Showing posts with the label #d091562

3.0 PENYUSUNAN BILIK DARJAH

Pengurusan atau penyusunan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerja termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara isi penting yang telah saya p...

1.0 PENGENALAN

Strategi ialah satu kemahiran dalam melaksanakan sesuatu dengan adanya cara dan kaedah daripada awal hingga habis untuk mencapai satu tujuan. Benoit dan Trigeorgis (dalam Anna Sam, 2014) menjelaskan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat didefinisikan sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan berkait dengan keadaan atau permainan. “ Strategi dan Teknik Mengajar dengan berkesan ini dihasilkan untuk memberi pemahaman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di bilik-bilik darjah” ( Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad, 2007 ). Berdasarkan daripada petikan ini, jelas sekali bahawa strategi memainkan peranan penting dalam proses pemindahan ilmu yang mana merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas di dalam komuniti sekolah. Pengurusan bilik pembelajaran pula merujuk kepada proses perancangan, ...