2.0 INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH



Interaksi didefinisikan sebagai satu jalinan hubungan antara guru dengan  pelajar. Menurut kamus ‘A English Dictionary’, interaksi bererti proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi terdiri dari kata inter (antar) dan aksi (kegiatan). Jadi interaksi adalah kegiatan timbal balik. Interaksi selalu dikaitkan dengan istilah komunikasi atau hubungan.


๐Ÿ“™6.1 Interaksi Satu Hala


Interaksi ini merupakan interaksi yang memerlukan seorang individu menyampaikan maklumat tanpa perlu menerima respon dari individu lain. Contohnya, guru di SMA Batang Padang memberi penerangan mengenai sesuatu topik yang secara terus kepada pelajar di dalam kelas. Interaksi ini merupakan interaksi yang kurang aktif dimana interaksi yang memfokuskan kepada guru sahaja. Interaksi juga penting bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


๐Ÿ“™6.2 Interaksi Dua Hala

Interaksi ini melibatkan dua atau lebih individu dalam berkomunikasi. Ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru. Interaksi ini digunakan semasa pelajar mengajukan soalan mengenai topik yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar bertanyakan soalan subjek Matematik, kemudian guru memberikan penerangan dan jalan kerja. Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik supaya objektif dan matlamat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru dapat dicapai. Interaksi antara pelajar juga merupakan interaksi dua hala dimana pelajar dapat mempelajari sesuatu dari pelajar lain.


๐Ÿ“™6.3 Interaksi Pelbagai Hala

Interaksi ini merupakan interaksi dimana guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main perasaan, pendekatan kumpulan, perbincangan, uji kaji dan kaedah penyelesian masalah. Ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru kerana interaksi ini merupakan interaksi aktif dimana peranan pelajar digunakan secara optimum. Namun, apabila wabak pandemik Corona Virus (Covid19)  melanda di seluruh negara, interaksi pelbagai hala menjadi terhad. Pelajar dan guru perlu mengikuti prosedur tertentu dalam melakukan perbincangan.


๐Ÿ“™6.4 Interaksi Berkomputer

Interaksi murid dengan komputer membolehkan mereka mendapat informasi serta merta. Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 5 menggunakan makmal komputer di sekolah ini untuk mendapatkan info dan maklumat tentang kerja kursus mereka. Interaksi terhad kepada murid dengan komputer dengan guru berperanan sebagai pemudahcara.


๐Ÿ“ Rumusan

Tuntasnya, proses interaksi amatlah penting agar pertukaran maklumat dapat disampaikan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Selain itu, interaksi antara guru dengan murid ini dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain dan dapat mewujudkan keselesaan dikalangan murid dalam menuntut ilmu. Seterusnya, proses interaksi ini turut dapat mengesan tahap kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Akhir sekali, objektif guru dalam memberikan ilmu kepada anak didik dapat dicapai.


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Aisyah
Aisyah Ishamina Binti Abd Rahman
(D20192091560) 

Comments

Post a Comment

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN