3.0 PENYUSUNAN BILIK DARJAH

Pengurusan atau penyusunan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerja termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

Antara isi penting yang telah saya pelajari dalam tajuk pengurusan bilik darjah ini ialah kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan, pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan, pelbagai kebolehan  dan minat. Kebiasaannya terdapat tiga  peringkat murid, iaitu cerdas, sederhana dan lemah.Antara prinsip pengajaran berkumpulan ialah guru bersedia menghadapi pelbagai situasi dan perhatian guru adalah sama rata kepada semua kumpulan. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar, memupuk rasa bertanggungjawab serta murid yang cerdas dan pandai dapat membantu pelajar yang lemah.


Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Anna
Anna Celestine Keai
(D20192091562) 

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN