4.0 JENIS BILIK DARJAH

Susunatur sangat penting dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa aspek atau elemen utama dalam strategi mengurus bilik darjah ini iaitu interaksi dalam bilik darjah, jenis-jenis bilik darjah, penyusunan bilik darjah dan iklim di dalam bilik darjah.

    Susunatur adalah cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dan sebagainya dalam sesebuah ruang supaya kemas dan teratur. Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang sangat baik. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan ruangan yang ideal atau selesa bagi semua murid yang dapat memberi kesan terhadap proses pembelajaran mereka pada waktu belajar. Seperti yang sedia maklum, rata-rata sekolah menengah di seluruh Malaysia akan mengadakan kelas selama enam ke tujuh jam dan bagi sekolah vokasional pula, rata-rata sesi persekolahan berlangsung selama lapan jam bagi suatu alternatif untuk membiasakan diri mereka dengan masa bekerja. Justeru itu, ruangan bilik darjah yang selesa perlu diambil serius bagi menentukan penggunaan jenis bilik darjah yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar dapat menghindari pelajar yang bosan, tidak selesa, sempit dan seumpamanya yang dapat menghambat proses pembelajaran mereka sewaktu di dalam bilik darjah.

    Apabila menyebut tentang bengkel atau makmal, pasti ianya tidak lari dengan alat bantu mengajar, alatan tangan, perkakas untuk membuat kerja pertukangan, peralatan mesin dan seumpamanya. Namun yang demikian, kekurangan alat bantu mengajar ini antara isu yang menjadi masalah di setiap sekolah. Kemudahan yang disediakan adalah terbatas dan pelajar terpaksa berkongsi untuk menggunakan sesuatu alatan, mesin, bahan ujian dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja melambatkan proses pembelajaran secara bersemuka, malah bagi pelajar yang tidak aktif atau tidak minat terhadap perkara di pelajari akan ketinggalan dan mengakibatkan penerimaannya dalam sesebuah subjek tersebut tidak sampai dengan sepenuhnya. Walaupun pada zaman pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia terutama Malaysia, ianya tidak menjadi penghalang kepada masyarakat untuk menuntut ilmu baik dari segi pembelajaran bersemuka atau pembelajaran secara atas talian.

    Oleh yang demikian, terdapat beberapa jenis bilik darjah yang umum digunakan di dalam sekolah, antaranya:

  1. Bilik Darjah Tradisi
  2. Bilik Darjah KBSR dan KBSM
  3. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
  4. Bilik Darjah Terbuka
  5. Bilik Darjah Pasca COVID-19

BILIK DARJAH TRADISI


Bilik darjah tradisi ini adalah konsep lama yang telah lama digunakan di Malaysia untuk mendidik murid-murid di dalam kelas. Bilik darjah ini biasa ditemui dan digunapakai tidak kira semasa sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti dan termasuk universiti juga menggunakan kaedah ini untuk sesi pelajaran dan pembelajaran dibuat. Guru lazimnya akan berdiri di hadapan bilik darjah ataupun bergantung kepada kedudukan papan hitam dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Untuk pengetahuan, Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang menggunakan bilik darjah tradisi dalam menyampaikan maklumat kepada semua murid di dalam kelas.

CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI:

  • Kerusi dan meja di susun mengikut baris demi baris
  • Pelajar yang rendah, bertubuh kecil, kurang penglihatan dan pendengaran akan ditempatkan di barisan hadapan kelas
  • Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih bertumpukan kepada guru
  • Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah
  • Berfokuskan terhadap pelajaran dan kurang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
  • Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru

BILIK DARJAH KBSR DAN KBSM



KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan KBSM pula merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang diperkenalkan hasil daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet melalui Perlaksaanan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bilik darjah KBSR dimulakan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai langkah percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan setelah pelajar sekolah rendah tersebut meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Susunatur meja dan kerusi amat berbeza sekali dengan bilik darjah tradisional yang hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Bilik darjah ini lebih menumpukan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan terutama yang melibatkan aktiviti pembelaharan secara kumpulan



CIRI-CIRI BILIK DARJAH KBSR DAN KBSM:

  • Kerusi dan meja pelajar disusun dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan tersendiri.
  • Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan.
  • Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang bertujuan untuk mengiatkan diri dalam perbincangan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah secara berkumpulan.
  • Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar yang lain.

BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS (KBSM)

Dalam KBSM, akan ada beberapa bilik darjah mata pelajaran khas yang disediakan di sekolah. Antara bilik darjah mata pelajaran khas tersebut adalah makmal sains, bilik ekonomi rumah tangga, bilik seni perusahaan, pusat sumber, bengkel dan seumpamanya. Bilik darjah ini lebih menumpukan kerja praktikal yang melibatkan kerja-kerja amali. Guru yang mempunyai pengetahuan serta sijil profesional yang akan membuat demonstrasi serta memantau pelajar dalam kerja-kerja amali tersebut dikala mereka menggunakan alatan atau mesin semasa proses pembelajaran.


CIRI-CIRI BILIK DARJAH MATAPELAJARAN KHAS (KBSM):

  • Bilik darjah mata pelajaran khas dihadiri dengan murid-murid setiap kelas mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran tertentu.
  • Perpustakaan atau pusat sumber menyediakan buku-buku, majalan dan buku rujukan boleh disimpan dalam rak buku yang terletak di belakang.
  • Bagi bengkel amali yang melibatkan kerja-kerja amali, sinki dan paip dipasang untuk kemudahan kepada pelajar sewaktu membuat amali.
  • Meja dan kerusi disusun mengikut corak kumpulan agar pelajar dapat berkongsi idea dan berbincang pendapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

BILIK DARJAH TERBUKA

Bilik darjah terbuka merupakan salah satu ruangan yang dikhaskan kepada murid-murid untuk membentuk disiplinnya sendiri. Hal ini kerana, ruangan dan rekabentuk bilik darjah ini telah diubahsuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat yang lain. Tambahan pula, peranan guru hanyalah sebagai pembimbing atau penasihat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran murid tidak kira secara individu mahupun berkumpulan. Situasi dalam bilik darjah ini juga adalah berbentuk informal. Kaedah ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara guru-murid dan murid-murid. malahan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.


CIRI-CIRI BILIK DARJAH TERBUKA:

  • Proses pengajaran biasanya dijalankan secara individu atau kumpulan kecil.
  • Aktiviti yang dijalankan adalah bersifat pelbagai dan jadual mudah diubah.
  • Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapi dengan alatan-alatan dan bahan-bahan pembelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.
  • Pendekatan pengajaran guru adalah berdasarkan kebolehan, perbezaan, emosi serta minat murid.
  • Ujian, peperiksaan atau gred tidak diutamakan, tetapi kaedah penyelesaian masalah dan kaedah inkuiri-penemuan diutamakan dalam sesi pembelajaran ini.

BILIK DARJAH PASCA COVID-19

Konsep bilik darjah ini adalah pertama kali diperkenalkan akibat penularan wabak pendamik COVID-19 yang melanda di seluruh negara termasuk Malaysia. Bilik darjah pendidikan masa kini mempunyai penjarakan khusus sekurang-kurangnya 1 meter dari meja yang lain. Penjarakan ini dibuat untuk mengelakkan berlakunya kontak rapat diantara pelajar dengan pelajar yang lain ketika belajar. Laluan koridor juga mempunyai satu laluan masuk dan satu laluan keluar bagi mengelakkan pertembungan diantara kedua pihak ketika berjalan di koridor, bengkel, kelas, kantin dan lain-lain.

Ciri-ciri bilik darjah pasca COVID-19:

  • Meja dan kerusi murid perlulah berjarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada meja pelajar lain.
  • Laluan keluar masuk di dalam bilik darjah, koridor, bilik khas dan lain-lain perlulah dibuat untuk memastikan pelajar atau guru tidak berselisih antara satu sama lain.
  • Sanitasi perlu dibuat sewaktu masuk ke dalam bilik darjah
  • Pelajar tidak digalakkan untuk berkumpul sewaktu rehat
  • Pelajar makan di dalam kelas untuk mengelakkan berlakunya kesesakan sewaktu rehat berlangsung

Rujukan

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali (2019, November). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. In Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management (Vol. 23, p. 24). Diperoleh daripada https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf.

Ang J. J. E. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=tfTLAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA61&dq=jenis+bilik+darjah&ots=AaWHBEf183&sig=HZA1SgURuNRKvT8G0VgLesODhWA&redir_esc=y#v=onepage&q=jenis%20bilik%20darjah&f=false.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh:

Awang
Awangku Zaini Bin Awang Zainal
(D20192092080) 

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN