7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN
KONSEP INTERAKSI Interaksi ialah satu proses yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. KONSEP BILIK PEMBELAJARAN Bilik pembelajaran ialah setiap ruang yang di khaskan di sekolah untuk guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan yang terdiri dari bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain. Setiap bilik pembelajaran tersebut menjadi keutamaan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk interaksi berkesan. PEMBENTUKAN INTERAKSI Pembentukan interaksi dalam bilik pembelajaran dilihat bagaimana guru dapat mewujudkan interaksi yang berkesan didalam bilik pembelajaran. Tambahan lagi, interaksi dalam bilik pembelajaran boleh dilihat daripada 2 sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. Semasa di tempat ka...