Posts

10.0 RUMUSAN

Image
 RUMUSAN Dalam kajian ini, bilik darjah ialah bilik-bilik yang terdapat di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar dan guru yang belajar, mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik darjah di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajran di sekolah. Terdapat tiga aspek atau elemen utama pembelajaran iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran dan mengurus iklim pembelajaran positif. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru semata-mata. Walau bagaimanapun, susunan meja dan kerusi di dalam kelas sangat memainkan peranan kera

9.0 PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang kami menyiapkan laporan ini, kami dapati terdapat beberapa kelemahan yang memerlukan penambahbaikan. Antaranya ialah, semasa menjalankan kajian di SMA Dearah Batang Padang seharusnya semua ahli kumpulan terlibat dan bukan hanya wakil sahaja. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19 kumpulan kami hanya menghantar seorang wakil untuk membuat kajian di sekolah tersebut. Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pembentangan yang memerlukan penambahbaikan.Semasa membentang, diharapkan semua ahli kumpulan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum proses pembentangan berlangsung. Persediaan ini termasuk persediaan internet dan keyakinan diri. Pada masa akan datang diharapkan semua ahli kumpulan lebih bersedia agar tiada ahli kumpulan yang lambat memperkenalkan diri semasa sesi perkenalan diri. Hal ini dapat dilihat ketika terdapat  ahli kumpulan yang lambat memperkenalkan diri sehingga dipanggil oleh pensyarah. Seterusnya terdapat ahli kumpulan yang tidak membuka kamera semasa pembentang

8.0 ANALISIS SWOT

Image
SWOT  merupakan kombinasi perkataan  Strengths, Weaknesses, Opportunities   dan  Threats  iaitu teknik yang digunakan untuk menganalisa faktor Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman pada sesebuah organisasi seperti sekolah. Melalui Analisis SWOT, sesebuah organisasi dapat mengenalpasti potensi dan cabaran sebenar dalam pendidikan yang merangkumi segala faktor yang boleh memberi kesan baik atau buruk terhadap sesebuah sekolah.     12.1 Kekuatan ( Strengths )👍 Dapat dilihat bahawa sekolah ini mempunyai kelebihan dalam kokurikulum. Hal ini kerana, sekolah ini telah mendapat tempat seperti Johan dan Naib Johan dalam beberapa pertandingan di luar sekolah. Antara pertandingan pada tahun 2019 yang mendapat tempat adalah Johan Pertandingan Kuiz Wahyu dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) peringkat negeri Perak, ketiga dalam nasyid anjuran Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat daerah, Johan Kebangsaan dan Naib Johan Bola Sepak dalam KESUMMA, ketiga perlawanan Bola Tampar peringkat

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN

Image
KONSEP INTERAKSI Interaksi ialah satu proses yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. KONSEP BILIK PEMBELAJARAN Bilik pembelajaran ialah setiap ruang yang di khaskan di sekolah untuk guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan yang terdiri dari bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain. Setiap bilik pembelajaran tersebut menjadi keutamaan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk interaksi berkesan. PEMBENTUKAN INTERAKSI Pembentukan interaksi dalam bilik pembelajaran dilihat bagaimana guru dapat mewujudkan interaksi yang berkesan didalam bilik pembelajaran. Tambahan lagi, interaksi dalam bilik pembelajaran boleh dilihat daripada 2 sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. Semasa di tempat kajian

6.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.  Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada murid untuk mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan

5.0 IKLIM BILIK DARJAH

Image
Iklim dalam bilik darjah ini berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.  Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran dan mampu mengelakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru . Menurut Pusat Perkembangan Kokurikulum (1981) iklim bilik darjah didefinisikan sebagai s uasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitaran dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif merupakan bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur. Selain itu, ini juga akan memberikan semangat dan juga kesejahteraan kepada pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga aspek, iaitu : Suasana Fizikal Suasana Sosial Suasana Emosi           Ringkasnya,

4.0 JENIS BILIK DARJAH

Image
Susunatur sangat penting dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa aspek atau elemen utama dalam strategi mengurus bilik darjah ini iaitu interaksi dalam bilik darjah, jenis-jenis bilik darjah, penyusunan bilik darjah dan iklim di dalam bilik darjah.      Susunatur adalah cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dan sebagainya dalam sesebuah ruang supaya kemas dan teratur. Suasana sesebuah bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang sangat baik. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan ruangan yang ideal atau selesa bagi semua murid yang dapat memberi kesan terhadap proses pembelajaran mereka pada waktu belajar. Seperti yang sedia maklum, rata-rata sekolah menengah di seluruh Malaysia akan mengadakan kelas selama enam ke tujuh jam dan bagi sekolah vokasional pula, rata-rata sesi persekolahan berlangsung selama lapan jam bagi suatu alternatif untuk membiasa