LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA


DAERAH BATANG PADANG, BIDOR PERAK


        Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang atau singkatan SMA Daerah Batang Padang terletak di Jalan Tapah, 35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JUPK/SAR/4/90. Kemudiannya pada tahun 2006 telah daftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang (SABK) dengan nombor pendaftaran AFT0001.

        Jumlah murid pada tahun 2020 di Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang ialah seramai 305 orang murid di mana sekolah ini memiliki 146 orang pelajar lelaki dan 156 orang pelajar perempuan dan tinggal di asrama. Sekolah ini juga mempunyai 26 orang tenaga pengajar bagi membantu proses pembelajaran murid. Sekolah ini ditubuhkan sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan telah dinaik taraf ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada Tahun 2006. Diasaskan oleh Al-Fadhil Kadi Tapah Ustaz Mohd Zain Bin Abdul Rahman dan Tuan Haji Wan Abdullah Bin Wan Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tapah.

Comments

TOPIK HANGAT

8.0 ANALISIS SWOT

4.0 JENIS BILIK DARJAH

7.0 PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN